Sunday, July 7, 2019


"Mini Hot Air Balloon Workshop" Session 2


TAHNIAH 👏👏👏
1st : NUR AQILAH QISTINA JULAILIE
2nd : SITI NUR HIDAYAH RAMBLI
3rd : NOOR SALLEHA ABDULLAH
dan semua pserta SKRR 👏👏👏












Saturday, June 29, 2019






LABUAN, Sabtu 29 Jun 2019- Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha (SKRR) telah mengadakan Sambutan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Raya Peringkat Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Rancha-Rancha, murid-murid dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para ibu bapa dan jemputan.

Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Semua warga SK Rancha-Rancha dan pengunjung kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah yang disediakan oleh pihak sekolah dan sumbangan daripada ibubapa untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.

Guru Besar, Norinnie binti Kassim berkata sokongan ibu bapa yang menyumbangkan pelbagai jenis juadah adalah satu kerjasama yang mantap dan sangat dihargai dalam menjayakan program sambutan ini.

Turut hadir, Yang Dipertua sekolah, Dr. Mohamad Hamim bin Mohamad Hanifah dan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, Sjn Hafizudin Augustine Abdullah.

Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program RIMUP yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah Anugerah Glamour Raya dan bergambar beramai-ramai.












Tahniah AMNI NAEELAH BINTI AHMAD SAIFUDDIN 👏👏👏
Persembahan di Street Arts Showcase 2019 dalam acara bercerita "cintaku tertinggal di sini"
Busana : pakaian tradisional kaum kedayan







Friday, June 28, 2019


LABUAN, Jumaat – Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha muncul johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri W.P Labuan telah diadakan pada 28 Jun 2019 bertempat di SK Sg Lada sempena Festival Nasyid & Kompang Selawat peringkat negeri hari ini.
Kumpulan kompang, Iman Kidz yang dianggotai oleh 12 orang murid di bawah bimbingan Ustazah Maziah binti Moen dan Ustaz Muhd Nor Azwan bin Yunus juga memenangi anugerah persembahan terbaik. Lagu Solawatullah dan Berzikir Mengingati Allah berjaya mendapat anugerah lagu terbaik merupakan lagu ciptaan Ustazah Maziah binti Moen.
            Dengan kejayaan itu, SKK SK Rancha-Rancha membawa pulang piala dan sijil pertandingan dan akan mewakili W.P Labuan ke peringkat kebangsaan di negeri Perak pada bulan Julai ini.  
            Penutupan dan majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri W.P Labuan, Ustaz Syahir bin Mohd Yusof.









Saturday, June 22, 2019